Sunday, August 14, 2011

Golongan Manusia Yang Muflis

Agar tidak tergolong di dalam golongan manusia yang muflis di akhirat

Dalam satu hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi drpd Abu Hurairah r.a...Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat tentang siapakah sebenarnya orang yang muflis itu??

Para sahabat gagal menjawab dengan tepat lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa orang muflis sebenarnya ialah umat baginda yg datang mengadap Allah di Hari Akhirat dengan amal kebaikan yang amat banyak.

Walaupun kakinya hanya selangkah lagi untuk memasuki Syurga, namun tertahan oleh jeritan dari dalam api neraka meminta dikembalikan keadilan.

Di antara mereka yg akan menuntut pahala kebajikan hamba Allah di atas ialah anak isterinya sendiri. Akhirnya seluruh pahala kebajikannya habis digunakan untuk menebus kesalahannya sesama manusia.

Malah apabila sudah tidak ada lagi pahala untuk menebusnyamaka dosa mereka telah dianiaya dipindahkan kepadanya. Akhir sekali kerana muflisnya itu, maka hamba Allah tersebut dihumbankan ke dalam api neraka.

SELAMAT BERAMAL 

No comments:

Post a Comment