Tuesday, November 22, 2011

Balasan Di Dunia / Di Akhirat??

Jika hati di tanya syurga atau neraka, sudah pasti hati akan berkata syurga sebagai tempatnya . Jika ditanya ada apa dengan neraka, pasti perasaan takut sedikit tergambar. Membayangkan diri diseksa dengan api yang panas ditambah air mendidih mengelegak. Membuatkan kita terkedu, terkesima namun perasaan itu hanya sementara, ibarat angin bertiup lalu.
Tiada siapa dapat menduga bilakah tarikh kematian ?
Soal hidup atau mati hanya ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luhul Mahfuz lagi. Kita tidak pasti, mati pada bila, di mana, petang atau dan malam, namun mati itu memang ada berketetapan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Setiap yang bernyawa akan merasai mati”
(Ali-Imran : 185)

Assalamualaikum. Saya nak tanya satu soalan. Betul ke kalau kita buat jahat, benda jahat yang kita buat itu akan terkena balik pada kita sebelum kita meninggal dunia walaupun kita dah benar2x buat taubat nasuha? Sebab saya ada dengar dia akan kena juga sebelum kita meninggal sama ada kena pada kita atau orang kita yang sayang.. Nak tanya kepastian, betul ke?
Soal menghukum dosa atau pahala, tempatnya syurga atau neraka bukanlah terletak kepada kita, namun ia terletak kepada Allah SWT. Seperti yang kita sedia maklum, lahirnya di dunia ini ibarat sehelai kain putih dicorakkan hitam maka hitamlah ia atau sebaliknya.
Saya membuat contoh di sini, jika Ahmad seorang yang beriman kepada Allah SWT. Melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Segala amal kebaikan beliau akan dicatat oleh Malaikat dan tidak akan tercicir sedikit pun daripada perhitungan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(AZ-Zalzalah:7)
Lagi firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud :
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?
(Ar-Rahman : 60)
Adakah balasan atas perbuatan jahat akan diterima sebelum kita meninggal dunia?
Seperti yang saya katakan di atas sebentar tadi, soal dosa pahala atau balasan hanya ditentukan oleh Maha Pencipta. Walaupun kita sudah melakukan taubat, soal terima atau tidak adalah hak Allah SWT itu sendiri. Tetapi Firman Allah SWT dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Az Zumar: 53)
Tetapi ingatlah jika perbuatan kita di dunia baik, maka baiklah ia, dan jika kita berbuat jahat terimalah balasan yang akan diberikan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
(Al Isra’ : 7)
Tetapi ingatlah wahai diriku terutamanya, jika kita ditimpa bencana atau musibah dan ia mungkin perbuatan kita yang lambau dan kembali semula kepada kita. Dan sesungguhnya balasan di dunia teramat ringan berbanding balasan di akhirat. Maka bersyukurlah kepadaNya kerana Dia sayangkan kita dan member balasan tersebut di dunia.
Namun sehingga kini masih ada lagi yang alpa, jika kita melakukan kemungkaran tetapi hidup dalam keadaan bersenang lenang, maka insaflah adakah Allah SWT akan menyimpan balasan tersebut di akhirat? Tetapi jika kita hidup dalam keadaan beriman kepada Allah SWT, maka balasan yang baik akan diterima. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Al-Mukminun : 111)
Manusia itu lemah, dan hanya memfokuskan kepada perkara yang zahir. Seperti dosa dan pahala yang tidak kelihatan. Bukan ibarat seperti keputusan undian melalui SMS sama ada tinggi ataupun rendah. Adakah dosa kita lebih banyak daripada pahala, ataupun sebaliknya. Tepuk dada tanyalah iman. Dan disebabkan itu ramai manusia yangg mengambil lewa perbuatan dan amalannya terutama sekali perbuatan yang dikeji oleh Allah SWT. Tiada yang terlepas berketetapan dengan Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah : 8)
Semoga dosa kita semua diampunkan oleh Allah SWT. Amin.

AZAM atau NAFSU

“ Eh duit, aku dah la tengah tak ada duit ni” Bisik hati saya.
Beberapa keping not RM 10 tersimpan rapi di dalam kocek baju. Ketika itu saya sedang mencari baju di lambakan pakaian yang sudah kering dijemur. Hati saya bagai dirasuk, bagai dibisik.
“Ambillah duit tu, kan tak ada duit”
“Dah la sekarang tengah sesak”

Bisikan itu makin lama makin menjadi-jadi. Beberapa keping not RM10 dicapai. Pandangan beralih ke arah kini dan kanan. Tiada siapa melihat. Ya, saya yakin tiada siapa melihat. Barangkali duit ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Maidah : 38)

Tidak sampai dua minit, tangan saya bagai bergerak sendiri meletak duit tersebut ke tempat asal. Hati mula bertanya, Iman mula mencongak, syaitan mula bertepuk, hasilnya?

Alhamdulillah terpelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya”

Situasi di atas benar-benar mengingatkan saya suatu kejadian ketika mana baru berusia sembilan tahun. Tinggal bersama ayah, tidak kepada ibu. Soal makan hanya bersumberkan daripada kedai sahaja. Keluar 7 pagi pulang 7 malam setiap hari. Tanggungjawab seorang ayah mencari nafkah untuk keluarganya.

Setiap hari diberi kepada saya syiling RM1 dua keping yang mana ketika itu digunapakai. Saya masih ingat lagi. Ketika mana melonjak usia 7 tahun, wang saku sekitar 50 sen, kemudian naik kepada 70 sen ketika 8 tahun. Kedudukan ayah semakin kukuh, diberinya RM1. Rezeki semakin bertambah dan sebagai titik penghujung diberi RM2 setiap hari.
Dan ia berlaku sehinggalah saya berumur 11 tahun. Bermodalkan kesenangan menyebabkan ketika itu hati saya mula tidak rasa tidak puas. RM2 dianggap tidak cukup ketika itu.

PANJANG 
TANGAN, ITU DOSA

Kelihatan tupperware besar berisi duit syiling terletak tersorok di atas almari. Bekas itulah menjadi tempat ayah menyimpan syiling. Diambil kesemua syiling, penuh poket di kiri dan kanan. Saya mula memanggil kawan-kawan untuk menikmati ABC dan makanan di warung. Sejak warung itu dibuka, itulah menjadi port lepak saya jika sekolah agama ‘petang’ bermula sesi kedua.

“ Mana duit syiling dalam bekas ini” Ayah mula bersuara sambil memegang bekas kosong itu.Saya ketika itu sedang menyiapkan kerja sekolah, mula ketakutan.
“Ayah tanya, kenapa diam?”

Akhirnya saya mengaku mengambil duit tersebut. Walaupun hampir 11 tahun peristiwa itu berlaku, ia masih segar di ingatan saya. Dan saat itulah, saya tidak lagi mengambil hak sesiapa. Inilah nafsu dalam ketamakan yang mana membawa diri ke arah kejahatan.

Mencuri, merompak, meragut. Ya, ketika mana kita sibuk berperang dengan nafsu, ketika itulah syaitan mula bertandang. Tewasnya kita, bergemlah tepukan mereka.

KENAPA NAFSU, BUKAN BICARA SOAL AZAM?

Orang sibuk berbicara soal azam tahun baru, suka ingin saya sentuh soal nafsu seseorang manusia. Mengapa nafsu, tidak kepada yang lain?

Suatu kisah ketika mana Rasulullah SAW baru sahaja pulang daripada satu peperangan yang dahsyat antara kaum musyrikin. Rasulullah SAW bersamba yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”
(Riwayat Al Baihaqi)

Jelas dinyatakan bahawa nafsu itu suatu perkara yang besar dan perlu diperangi habis-habisan. Jika di atas saya menyentuh soal nafsu ketamakan dan menjurus ke arah sifat mencuri. Namun demikian, bila mana disebut nafsu, tergambar akan nafsu kepada manusia.

Jelas dinyatakan bahawa nafsu itu suatu perkara yang besar dan perlu diperangi habis-habisan. Jika di atas saya menyentuh soal nafsu ketamakan dan menjurus ke arah sifat mencuri. Namun demikian, bila mana disebut nafsu, tergambar akan nafsu kepada manusia.

Saya insan yang lemah tidak terdaya, menangkis segala bisikan syaitan. Jika nafsu itu suatu bentuk fizikal, sudah lama pedang dihunus bagai seorang pahlawan. Namun nafsu itu berada dalam jasad, tidak keluar, duduk selagi mana hayat dikandung badan. Ketika mana baru selesai solat Asar berjemaah, saya pula menyertai majlis Ta’alim bersama rakan. Ketika itu di bulan puasa.

“Untuk tahu siapa diri kamu yang sebenarnya, lihatlah kepada bulan ramadhan. Antara syaitan dan nafsu. Bila mana syaitan sudah dibelenggu dengan rantai, ketika itu kamu masih melakukan maksiat, jelaslah bahawa diri kamu sebenarnya adalah jelmaan syaitan berpandukan nafsu”

Itulah yang pernah dikatakan oleh ustaz saya. Suatu penilaian terhadap diri, mungkin boleh diperhalusi agar diri tidak terkapai mencari.

Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan kita.
Peringatan penuh buat diri saya, sebaris tinta tidak berpena.

Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku. Selagi mana darahku ini masih mengalir, selagi itulah aku cuba berpegang kepada agamaMU. Aku lemah insan tidak berdaya, sesungguhnya nafsu itu suatu ujian besar buat diriku. Tetapkanlah hatiku….

Wallahu’alam

Siapakah LELAKI Itu??

Saya baru sahaja mendapat berita bahawa ibu telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1. Ibu saya telah dikuarantin  hampir selama seminggu. Hanya dapat melihat dari lapisan dinding cermin melalui jarak dekat.
Azan subuh baru sahaja berkumandangan. Kendengaran jelas laungan azan dari corong masjid yang bersebelahan dengan hospital. Ibu bingkas bangun dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat fardhu subuh. Ketika membentangkan sejadah menghadap kiblat, ibu telah disapa oleh seorang lelaki berpakaian putih.
“Kiblat bukan arah sini, tetapi di arah sana” tegur lelaki tersebut.
Bayangan lelaki tersebut kelihatan samar-samar  dan akhirnya hilang dalam kegelapan. Walaubagaimanapun, dalam nada terkejut ibu saya tetap meneruskan solat fardhu subuh mengikut arah kiblat yang sama. Jelas ibu, dia berasa yakin tatkala pernah bertugas di bangunan hospital tersebut .
Matahari mulai terbit. Datang seorang jururawat kepada ibu saya untuk bertanyakan tahap kesihatan.
“Nurse, arah kiblat kat sebelah mana?” tanya ibu saya.
“Arah di sebelah sana (sambil menunjukkan arah sama seperti arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut)”
“Oh maknanya betul lah arah yang ditunjukkan lelaki tu”
“Lelaki mana?? Jururawat bertanya bernada kehairanan.
Pagi itu, satu aras hospital tersebut kecoh dengan cerita ibu saya mengatakan tentang seorang lelaki berpakaian putih. Tambahan pula hospital yang didiami oleh ibu saya adalah merupakan bangunan lama yang sudah berpuluh tahun di mamah usia. Bangunan baru tidak dapat menampung jumlah bilangan pesakit gara-gara penularan wabak H1N1.
Walaubagaimanapun peristiwa ini sudah lama berlalu. Siapakah lelaki tersebut masih tetap meninggalkan tanda tanya terhadap ibu saya mahupun kepada kakitangan di aras tersebut. Allahua’lam.
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja”
(Al-An’am : 59)