“ Eh duit, aku dah la tengah tak ada duit ni” Bisik hati saya.
Beberapa keping not RM 10 tersimpan rapi di dalam kocek baju. Ketika itu saya sedang mencari baju di lambakan pakaian yang sudah kering dijemur. Hati saya bagai dirasuk, bagai dibisik.
“Ambillah duit tu, kan tak ada duit”
“Dah la sekarang tengah sesak”
Beberapa keping not RM 10 tersimpan rapi di dalam kocek baju. Ketika itu saya sedang mencari baju di lambakan pakaian yang sudah kering dijemur. Hati saya bagai dirasuk, bagai dibisik.
“Ambillah duit tu, kan tak ada duit”
“Dah la sekarang tengah sesak”
Bisikan itu makin lama makin menjadi-jadi. Beberapa keping not RM10 dicapai. Pandangan beralih ke arah kini dan kanan. Tiada siapa melihat. Ya, saya yakin tiada siapa melihat. Barangkali duit ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Maidah : 38)
Tidak sampai dua minit, tangan saya bagai bergerak sendiri meletak duit tersebut ke tempat asal. Hati mula bertanya, Iman mula mencongak, syaitan mula bertepuk, hasilnya?
Alhamdulillah terpelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya”
Situasi di atas benar-benar mengingatkan saya suatu kejadian ketika mana baru berusia sembilan tahun. Tinggal bersama ayah, tidak kepada ibu. Soal makan hanya bersumberkan daripada kedai sahaja. Keluar 7 pagi pulang 7 malam setiap hari. Tanggungjawab seorang ayah mencari nafkah untuk keluarganya.
Setiap hari diberi kepada saya syiling RM1 dua keping yang mana ketika itu digunapakai. Saya masih ingat lagi. Ketika mana melonjak usia 7 tahun, wang saku sekitar 50 sen, kemudian naik kepada 70 sen ketika 8 tahun. Kedudukan ayah semakin kukuh, diberinya RM1. Rezeki semakin bertambah dan sebagai titik penghujung diberi RM2 setiap hari.
Dan ia berlaku sehinggalah saya berumur 11 tahun. Bermodalkan kesenangan menyebabkan ketika itu hati saya mula tidak rasa tidak puas. RM2 dianggap tidak cukup ketika itu.
PANJANG TANGAN, ITU DOSA
Kelihatan tupperware besar berisi duit syiling terletak tersorok di atas almari. Bekas itulah menjadi tempat ayah menyimpan syiling. Diambil kesemua syiling, penuh poket di kiri dan kanan. Saya mula memanggil kawan-kawan untuk menikmati ABC dan makanan di warung. Sejak warung itu dibuka, itulah menjadi port lepak saya jika sekolah agama ‘petang’ bermula sesi kedua.
“ Mana duit syiling dalam bekas ini” Ayah mula bersuara sambil memegang bekas kosong itu.Saya ketika itu sedang menyiapkan kerja sekolah, mula ketakutan.
“Ayah tanya, kenapa diam?”
Akhirnya saya mengaku mengambil duit tersebut. Walaupun hampir 11 tahun peristiwa itu berlaku, ia masih segar di ingatan saya. Dan saat itulah, saya tidak lagi mengambil hak sesiapa. Inilah nafsu dalam ketamakan yang mana membawa diri ke arah kejahatan.
Mencuri, merompak, meragut. Ya, ketika mana kita sibuk berperang dengan nafsu, ketika itulah syaitan mula bertandang. Tewasnya kita, bergemlah tepukan mereka.
KENAPA NAFSU, BUKAN BICARA SOAL AZAM?
Orang sibuk berbicara soal azam tahun baru, suka ingin saya sentuh soal nafsu seseorang manusia. Mengapa nafsu, tidak kepada yang lain?
Suatu kisah ketika mana Rasulullah SAW baru sahaja pulang daripada satu peperangan yang dahsyat antara kaum musyrikin. Rasulullah SAW bersamba yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”
(Riwayat Al Baihaqi)
Jelas dinyatakan bahawa nafsu itu suatu perkara yang besar dan perlu diperangi habis-habisan. Jika di atas saya menyentuh soal nafsu ketamakan dan menjurus ke arah sifat mencuri. Namun demikian, bila mana disebut nafsu, tergambar akan nafsu kepada manusia.
Jelas dinyatakan bahawa nafsu itu suatu perkara yang besar dan perlu diperangi habis-habisan. Jika di atas saya menyentuh soal nafsu ketamakan dan menjurus ke arah sifat mencuri. Namun demikian, bila mana disebut nafsu, tergambar akan nafsu kepada manusia.
Saya insan yang lemah tidak terdaya, menangkis segala bisikan syaitan. Jika nafsu itu suatu bentuk fizikal, sudah lama pedang dihunus bagai seorang pahlawan. Namun nafsu itu berada dalam jasad, tidak keluar, duduk selagi mana hayat dikandung badan. Ketika mana baru selesai solat Asar berjemaah, saya pula menyertai majlis Ta’alim bersama rakan. Ketika itu di bulan puasa.
“Untuk tahu siapa diri kamu yang sebenarnya, lihatlah kepada bulan ramadhan. Antara syaitan dan nafsu. Bila mana syaitan sudah dibelenggu dengan rantai, ketika itu kamu masih melakukan maksiat, jelaslah bahawa diri kamu sebenarnya adalah jelmaan syaitan berpandukan nafsu”
Itulah yang pernah dikatakan oleh ustaz saya. Suatu penilaian terhadap diri, mungkin boleh diperhalusi agar diri tidak terkapai mencari.
Nafsu itu sudah kita didik, sudah kita kalahkan, dan sudah menjadi tawanan kita.
Peringatan penuh buat diri saya, sebaris tinta tidak berpena.
Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku. Selagi mana darahku ini masih mengalir, selagi itulah aku cuba berpegang kepada agamaMU. Aku lemah insan tidak berdaya, sesungguhnya nafsu itu suatu ujian besar buat diriku. Tetapkanlah hatiku….
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment