MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMAHAMAN BACAAN
DAN MENULIS KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANGSARAN
ABSTRAK:
Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan suatu keperluan asas
di negara ini. Bagi mengajar subjek bahasa pula, kemahiran membaca dan menulis
merupakan tunjang utama dalam menguasai bahasa tersebut. Tanpa
kemahiran-kemahiran ini, penguasaan bahasa tidak akan dapat berjalan dengan
jayanya. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal meningkatkan
penguasaan membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid bermasalah
pendengaran dengan menggunakan teknik sumbangsaran. Responden kajian terdiri
daripada tujuh orang murid yang merangkumi semua murid tingkatan empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri. Kajian yang dijalankan ini adalah
berbentuk pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung selain daripada Ujian Pra dan Ujian Pos. Sehubungan itu, dapatan
kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid-murid atau responden ini mempunyai
masalah dalam kemahiran membaca dan menulis dapat meningkatkan penguasaan
mereka terhadap kedua-dua kemahiran tersebut. Kesimpulannya, bagi mengatasi
masalah ini, satu kaedah atau pendekatan pemulihan amat penting bagi membantu
responden menguasai kemahiran membaca dan menulis untuk kepentingan mereka di
masa akan datang.
1.0 PENGENALAN
Membaca
dan menulis merupakan satu asas yang penting dalam mempelajari sesuatu perkara.
Tanpa bacaan, seseorang itu tidak akan mendapat sesuatu maklumat dan keadaan
ini akan menyebabkan daya fikiran otak mereka tidak dapat berfungsi dengan
baik. Menurut Yahya ( 2005 ) tujuan membaca adalah bagi memahami teks yang
dibaca dan kandungan teks yang dibaca memberi makna kepada pembacanya.
Keupayaan membaca merupakan satu kemahiran yang unik dan dinamik dan keadaan
ini perlu ada bagi setiap individu ketika mereka membaca kerana pada masa ini,
keupayaan kognitif mereka secara tidak langsung akan aktif dan dapat memproses
sesuatu perkara yang baru.
Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta pembaca
juga berupaya untuk mentafsirkan maksud yang dibacanya. Pemahaman bacaan
bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan
pengalaman membaca.
Sementara
itu, kemahiran menulis juga merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran
bahasa. Kemahiran menulis dan membaca tidak dapt dipisahkan jika mempelajari
sesuatu bahasa. Kemahiran ini merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi
antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan satu
proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan keupayaan ini disalurkan
secara bersistem atau berperingkat iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan
bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan
menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang di sekolah.
Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti
dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran bahasa yang lain.
Seperti
yang kita sedia maklum, bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama
lain iaitu dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan
mereka masing-masing. Oleh yang demikian, guru yang mengajar subjek bahasa seharusnya
cuba memahami keperluan konsep pemulihan atau kaedah lain yang dapat membantu
murid-murid di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.
Selain mampu untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis,
murid-murid juga sekali gus akan dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri
mereka.
Pelbagai
usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan
Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka dan menghasilkan
program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan
Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan
Membaca dan Menulis (PROBIM). Usaha-usaha seperti inilah yang akan membantu
murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, peranan
guru-guru yang mengajar subjek bahasa dan bukan bahasa amatlah penting supaya
murid-murid mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini seperti murid-murid
yang lain. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat
membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk
bersaing dengan rakan-rakan mereka yang normal.
2.0 REFLEKSI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Secara keseluruhannya, para pelajar
bagi kelas tingkatan empat ini agak lemah dalam menguasai isi pelajaran yang
berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka
kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya
sebahagian kecil pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju
dalam mata pelajaran yang diajarkan.
Sepanjang
guru mengajar topik yang melibatkan penulisan karangan, murid-murid tidak
memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang mengetahui
makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain itu,
keputusan pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.
Para
pelajar gagal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis yang diajar. Hanya 28%
pelajar sahaja yang mendapat markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 15%. Kaedah
hafal dan tulis yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
adalah gagal untuk menarik perhatian pelajar dalam penulisan karangan.
Sekiranya
perkara ini tidak dibendung dari awal sudah semestinya akan mendatangkan
masalah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran kepada topik-topik
lain yang melibatkan penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, satu tindakan
sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi
masalah ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang dijalankan ini,
objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kemahiran membaca dan
menulis murid-murid tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
3.1 Objektif
Am
a) Meningkatkan
peratusan kelulusan dalam penulisan karangan.
b) Memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang berkaitan dengan
penulisan karangan.
c) Membentuk
kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid-murid.
3.2 Objektif
Khusus
a) Murid-murid
dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis karangan berdasarkan teknik
sumbangsaran.
b) Pelajar
dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang diberikan mengikut masa
yang ditetapkan oleh guru
c) Pelajar
dapat lulus ujian pos yang melibatkan penulisan karangan.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Pelaksanaan
kajian tindakan ini melibatkan tujuh orang murid tingkatan empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.
5.0 PELAKSANAAN
KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam
pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada
pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.
5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji
telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan sasaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum dan selepas
kajian. Sebelum kajian dijalankan, para pelajar kurang memberi perhatian kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah
kajian dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih
yakin dan berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Pengkaji
juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan sasaran pada awal
kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka terhadap
kemahiran membaca dan menulis. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengesan
kelemahan kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam ujian
pra terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan proses pembinaan ayat
dan pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji lagi dengan ujian pos dengan format soalan yang sama.
5.2 Analisis
Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan
pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:
a) Pelajar
lebih memahami petikan dan dapat menulis dengan baik.
b)
Suasana pembelajaran dalam kelas lebih
bermakna.
5.2.2 Analisis
Ujian Pra
Setelah
dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal menguasai kemahiran
memahami petikan dan menulis karangan.
Jadual 1 : Keputusan
Ujian Pra
MARKAH
(%)
|
JUMLAH
PELAJAR
|
5
|
3
|
10
|
3
|
15
|
2
|
20
|
0
|
25
|
0
|
30
|
0
|
JUMLAH
|
7
|
Dapatan
daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 3 orang murid mendapat
markah sebanyak 5%, 3 orang murid mendapat markah sebanyak 10% dan 2 orang
murid mendapat markah sebanyak 15%.
Hasil
ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu
murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis terhadap penulisan
karangan. Oleh itu, teknik bercerita digunakan untuk mengatasi masalah ini.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji
melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:
a) Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar
setelah selesai mengajar topik yang berkaitan dengan karangan.
b) Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan
menulis karangan dengan menggunakan teknik bercerita.
c) Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua
pelajar telah menguasai penggunaan teknik bercerita.
d) Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil
dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos.
5.4 Pelaksanaan Tindakan,
Pemerhatian dan Penilaian
Kajian
tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki waktu
mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk meningkatkan
penguasaan bacaan dan menulis karangan dengan menggunakan teknik bercerita. Pelajar-pelajar
telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan dengan teknik
bercerita. Manakala Ujian Pos pula dijalankan sebulan selepas itu. Berdasarkan
kepada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah untuk membaca
dan menulis karangan dengan menggunakan teknik bercerita.
Jadual
2 : Keputusan Ujian Pos
MARKAH
(%)
|
JUMLAH
PELAJAR
|
5
|
0
|
10
|
0
|
15
|
2
|
20
|
3
|
25
|
2
|
30
|
0
|
JUMLAH
|
7
|
Dapatan
daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat dua orang pelajar yang mendapat
markah sebanyak 15%, tiga orang murid mendapat markah 20% dan dua orang murid
mendapat markah sebanyak 25%.
Dapatan
ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman bacaan teks
dan penulisan karangan berdasarkan teknik sumbangsaran. Berikut merupakan
perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
MARKAH
(%)
|
Bil Pelajar
(Ujian Pra)
|
Bil Pelajar
(Ujian
Pra)
|
5
|
3
|
0
|
10
|
3
|
0
|
15
|
2
|
2
|
20
|
0
|
3
|
25
|
0
|
2
|
30
|
0
|
0
|
JUMLAH
|
7
|
7
|
5.5 Refleksi Kajian
Dapatan dari kajian yang telah
dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan teknik sumbangsaran dapat meningkatkan
penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa terutamanya pemahaman bacaan
dan penulisan karangan. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan
perbandingan keputusan yang telah dijalankan iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian
Pos yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian
telah dilaksanakan ini menunjukkan peningkatan yang baik dan memuaskan. Di
samping itu, hasil dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan bahawa kaedah atau
cara ini telah membantu para pelajar meningkatkan kefahaman, tetapi juga
membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang telah dipelajari oleh pelajar
serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan
bersemangat. Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang memuaskan
kepada guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.
Hasil kajian juga mendapati bahawa
teknik sumbangsaran ini dapat membantu murid-murid memahami apa yang dibaca
oleh mereka dan sekali gus dapat menambah perbendaharaan kata mereka.
Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama ketika melibatkan aktiviti
penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah latih tubi yang melibatkan
bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan ini
sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran ketika membaca. Murid-murid
ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan
aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik jika
dikendalikan dengan betul.
6.0 CADANGAN
Beberapa
cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi
pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-murid
tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini supaya kemahiran
menulis dan membaca mereka selari dengan murid-murid normal sebaya dengan
mereka.
Cadangan yang boleh dilakukan adalah
antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya
diberikan penekanan yang serius agar murid-murid dapat menguasai kedua-dua
kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam
pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta
kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran
membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bahasa
dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa proses
pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.
Selain itu, teknik ini juga boleh
digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan
sekali gus dapat membantu murid-murid untuk menulis karangan dengan baik. Bagi menangani masalah menulis pula dalam
kalangan murid-murid ini, satu kelas tambahan dilakukan untuk membantu
murid-murid ini dalam kemahiran menulis. Semasa melaksanakan kelas ini,
lembaran-lembaran kerja disediakan sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam
aktiviti menulis. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan seperti
buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang penulisan
terutamanya dalam penulisan karangan dan rumusan.
7.0 KESIMPULAN
Kelemahan
murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini
memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa
Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan
seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik
mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti
bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran
yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan
negara berimpak tinggi.
Persepsi
guru tentang imej murid bermasalah pendengaran yang memerlukan bantuan seharusnya
positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama
dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung. Tambahan
lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan
membantu murid yang mengalami masalah ini untuk berjaya. Pihak berkaitan juga
perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan
kemahiran membaca dan menulis terutama untuk mengajar murid-murid yang
mengalami masalah pendengaran.
Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa faktor
kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa
mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama
yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan
yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid
bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta
berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran
supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya
dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak
dicapai oleh guru.
BIBLIOGRAFI
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Teknik pengajaran dan pembelajaran diperolehi pada
November 20 2011 melalui http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Kaedah dan teknik mengajar diperoleh pada Mac 10
2011 melalui http://www.scribd.com/doc/13259494/Kaedah-Dan-Teknik-Mengajar
terima kasih disebabkan info yang sangat berguna
ReplyDeletethanks a lot. mintak halal :)
ReplyDelete