Monday, September 17, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025


Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025

Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )

Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

1.Memartabatkan profesion perguruan.

#Meningkatkan kualiti guru
#Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
#Kualiti dalam latihan perkhidmatan
#Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

2.Meningkatkan kepimpinan sekolah.

#Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
#Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

3.Meningkatkan kualiti sekolah.

#Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
#Kemudahan Internet dan jalur lebar

4.Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.

#Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
#Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

5.Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

#Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

6.Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.

#Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

7.Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.

#Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
#Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

8.Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.

#Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

9.Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.

#Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
#Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025

No comments:

Post a Comment